USDCAD Analisa Fundamental Harian 27 Oct 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ dengan pergerakan sekitar 65 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.3185 ke serendah 1.3120, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah Dollar kehilangan momentum apabila laporan jualan rumah baru AS mengecewakan pasaran dengan hanya 468 ribu buah rumah dijual berbanding jangkaan 546 ribu.

Di pasaran komoditi, harga minyak dan emas terus merosot selepas pengumuman daripada People Bank of China (PBoC) bahawa ia telah mengurangkan kadar kepada serendah 4.35% berkuat kuasa serta-merta.  The PBoC menjelaskan bahawa penurunan 25 mata asas adalah ekoran fakta, bahawa penurunan dalam kadar kenaikan harga di China yang telah menyebabkan inflasi CPI tidak sejajar dengan kadar pertumbuhan negara.

[adrotate group=”6″]

Masa pengumuman PBoC yang dibuat pada pertengahan malam itu, selepas pasaran ekuiti Shanghai tutup; menyebabkan beberapa pelabur melihat ia sebagai langkah panik. Walau bagaimanapun, kebanyakannya melihat ia sebagai tidak cukup berani untuk menghentikan ekonomi China dari mengalami ‘pendaratan keras’.  Pelonggaran dasar kewangan China itu membantu sokongan untuk matawang berasaskan komoditi termasuk Dollar Kanada.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat