USDCAD Analisa Fundamental Harian 29 Mac 2016

63

Dollar CAD jatuh lebih 115 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3165 sebelum menutup sekitar paras C$1.3185; setelah tumpuan bagi kebanyakan pelabur adalah mengenai peristiwa-peristiwa di Eropah, di mana serangan yang membunuh sekurang-kurangnya 30 orang di Brussels, meningkatkan kebimbangan bahawa perdagangan global, pelancongan dan sentimen boleh diganggu oleh keganasan.

Peristiwa tersebut membayangi dokumen bajet persekutuan Kanada yang menunjukkan bahawa Ottawa merancang untuk defisit lebih C$30 bilion pada tahun ini, demi untuk merangsang pertumbuhan ekonominya. “Bajet itu pada dasarnya mengesahkan bahawa kerajaan akan menjalankan defisit yang besar untuk beberapa tahun akan datang bagi menyokong ekonomi,” menurut ahli ekonomi BMO, Sal Guatieri dalam laporannya.

[adrotate group=”6″]

Perbelanjaan defisit sering dilihat sebagai berita baik untuk ekonomi Kanada. Tetapi ada yang mengatakan bahawa rancangan perbelanjaan Ottawa mungkin tidak merangsang ekonomi sebanyak yang diharapkan, dengan ahli ekonomi Nomura, Charles St-Arnaud yang menyatakan bahawa “keseimbangan antara peningkatan pelaburan dalam infrastruktur dan kredit cukai, cenderung untuk membawa kesan perangsangan daripada langkah-langkah baru, yang boleh menjadi lebih rendah.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat