USDCAD Analisa Fundamental Harian 3 Mei 2016

43

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar C$1.2562 ke serendah C$1.2513, sebelum menutup sekitar paras C$1.2528; setelah kenaikan harga komoditi yang terkesan dari kelemahan nilai Dollar terus memberikan Loonie sokongan belian.

Di pasaran komoditi utama, emas mencapai harga tertinggi dalam masa 3 bulan sekitar $1,303.75/oz sebelum susut semula untuk menutup di bawah paras $1,300/oz.  Harga minyak mentah pula susut selepas mencapai paras tertinggi dalam masa 3 bulan di atas paras $45 setong, pada Jumaat lalu, sebelum pelabur mengambil untung belian semalam.  Di pasaran hadapan, spekulator dilihat mengurangkan kontrak belian kayu balak untuk penghantaran Julai, selepas harga mencapai sekitar $310/bbf pada Jumaat lalu.

Laporan ekonomi China yang kurang memberansangkan baru-baru ini juga tidak banyak membantu pasaran komoditi.  Penganalisis melihat kenaikan harga di pasaran komoditi lebih bersifat sementara ekoran kejatuhan nilai Dollar AS.  Dollar AS yang menjadi sebut harga untuk banyak komoditi utama, merudum selepas FOMC mengekalkan kadar pada mesyuarat minggu lepas. Spekulasi kenaikan kadar AS pada Jun ini, sudah mula pudar selepas laporan pertumbuhan ekonomi AS mengecewakan pada minggu lepas.

Laporan sektor pekerjaan Amerika Syarikat dan Kanada Jumaat ini, mungkin boleh menentukan hala tuju kedua-dua matawang ini seterusnya.  Kanada dijangka melaporkan kenaikan dalam kadar pengangguran dan pengurangan tambahan pekerja.  AS juga dijangka melaporkan pengurangan tambahan pekerja walaupun pengangguran dijangka stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat