USDCAD Analisa Fundamental Harian 31 Mac 2016

53

Dollar CAD terus jatuh untuk hari ketiga Rabu semalam, lebih 165 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2910 sebelum menutup sekitar paras C$1.2965; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada kenyataan terbaru Pengerusi Feds, Janet Yellen yang ‘dovish’ terhadap ekonomi Amerika Syarikat dan perlunya Feds lebih berhati-hari dalam menaikkan kadar AS seterusnya.

Selepas mencapai paras tertinggi dalam masa 13 tahun sekitar C$1.4689 pada awal tahun ini, kadar tukaran USD/CAD telah perlahan-lahan susut lebih 1,750 pips selama 9 minggu.  Kenaikan nilai CAD itu sebahagian besarnya telah dipacu oleh harga minyak mentah yang dijangka bakal stabil selepas OPEC memulakan rundingan untuk menghadkan pengeluaran dikalangan negara pengeluar utama minyak.

[adrotate group=”6″]

Komen Puan Yellen telah dilihat sebagai begitu ‘dovish’ sehingga trader dana Feds di pasaran hadapan mula memfaktorkan kemungkinan Feds tidak akan menaikkan kadar pada sepanjang tahun ini. Hanya dua minggu yang lalu, Puan Yellen mengurangkan jumlah potensi kenaikan kadar daripada empat kepada dua. Minggu lalu pula, beberapa pegawai Fed bertukar agresif dan berkata Feds boleh menaikkan kadar seawal April dan sebanyak tiga kali.

Laporan ADP ‘Non-Farm Employment Change’ semalam tidak banyak membantu Dollar Amerika, walaupun ia datang baik sedikit daripada jangkaan. Laporan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 200 ribu pekerjaan pada bulan Mac. Pasaran menjangkakan pertambahan sebanyak 194 ribu. Perubahan positif tersebut masih tidak cukup untuk menjadikan pasaran teruja dengan kenaikan kadar AS pada April atau Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat