USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 April 2016

28

Dollar CAD yang memacu naik lebih 175 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3145 Jumaat lalu, susut kembali lebih 130 pips untuk menutup lebih rendah sekitar paras C$1.3010; setelah data China yang positif membantu matawang komoditi berdagang sedikit lebih kuat dan menghadkan penurunan. Laporan data pekerjaan AS yang bercampur-campur juga, sedikit sebanyak menyokong Loonie.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menghadapi masalah untuk mendapat sambutan belian selepas OPEC melaporkan output Mac yang meningkat kepada 32.5 juta tong sehari berbanding dengan 32.4 juta tong sehari yang dilaporkan pada bulan Februari, sekaligus menunjukkan bahawa tanpa perjanjian, ahli-ahli OPEC tidak akan mematuhi menghadkan sebarang pengeluaran.

[adrotate group=”6″]

Kontrak hadapan minyak mentah merosot di bawah paras $38 setong, walaupun emas hitam itu memasuki kawasan sokongan kuat yang telah membantu mendapatkan balik kejatuhan awal. Dollar CAD telah diniagakan dengan tinggi sejak ucapan Yellen pada awal minggu lalu, dengan pergerakan harga mendominasi sesi apabila aliran penetapan pada hujung bulan mengheret kadar ke paras yang lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat