USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Dis 2015

26

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 110 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3400 ke serendah 1.3290, sebelum menutup sekitar paras 1.3355 lebih tinggi dari pembukaan, sekitar 1.3340; setelah data tuntutan pengangguran AS yang tinggi serta ISM PMI perkhidmatan AS yang meleset dari jangkaan, seolah-olah gagal mematahkan jangkaan kenaikan kadar AS.

Di pasaran Amerika Syarikat, Institut Pengurusan Bekalan (ISM) melaporkan Indeks PMI bukan perkilangan jatuh kepada paras enam bulan terendah sebanyak 55.9 pada bulan November berbanding 59.1 pada bulan Oktober, meleset dari jangkaan sebanyak 58.0.  Sebelum daripada itu, Jabatan Buruh AS melaporkan bilangan individu yang memfailkan bantuan pengangguran awal pada minggu berakhir 28 November lalu, telah meningkat sebanyak 9 ribu kepada 269 ribu daripada jumlah minggu sebelumnya sebanyak 260 ribu.  Angka tersebut adalah sejajar dengan jangkaan pasaran.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data pekerjaan yang ditunggu-tunggu pasaran – NFP yang dijangka mengurang dari 271 ribu kepada 201 ribu pekerjaan, kadar pengangguran yang dijangka stabil tidak berubah pada 5%, dan pendapatan purata sejam yang dijangka menurun dari 0.4% kepada 0.2%.  Kanada pula bakal melaporkan kehilangan pekerjaan sebanyak 9,700 pada November lalu, berbanding penambahan sebanyak 44,400 jawatan pada Oktober.  Walau bagaimanapun, pengangguran dijangka stabil pada 7% dan defisit dagangan juga dijangka kekal pada -C$1.7 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat