USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Sep 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD jatuh lebih 130 pips dalam masa 2 jam pada sesi dagangan New York Khamis semalam, setelah data pekerjaan dan perkilangan AS dilaporkan lemah walaupun ekonomi mengupah lebih ramai pekerja pada bulan lepas berbanding Julai, dan produktiviti suku kedua meningkat lebih daripada anggaran.

Di pasaran Kanada pula, “loonie” meningkat berbanding pesaing utamanya dalam sesi dagangan Eropah, sekaligus mengurangkan kejatuhan awal, selepas data menunjukkan bahawa ekonomi Kanada berkembang pada kadar yang lebih cepat pada bulan Jun, selepas penurunan lima bulan berturut-turut.

[adrotate group=”6″]

Data dari Statistik Kanada menunjukkan bahawa GDP meningkat 0.5% pada bulan Jun. Peningkatan pada bulan Jun pula adalah menyeluruh, yang diketuai oleh perlombongan, kuari, minyak dan gas serta sedikit sebanyak perdagangan borong, sektor kewangan dan insurans, seni dan juga hiburan. Angka ini adalah lebih baik dari jangkaan peningkatan sebanyak 0.2%, selepas penurunan 0.2% pada bulan Mei.

Sementara itu, penurunan harga minyak mentah mengekang kenaikan nilai “loonie”. Harga minyak yang jatuh mendadak, data pembuatan China yang lemah untuk bulan Ogos meransang kebimbangan terhadap ekonomi kedua terbesar dunia itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat