USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 Oct 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD terus merudum untuk hari keempat berturut-turut, lebih 110 pips Isnin semalam untuk mencapai paras terendah 1.3065 sebelum menutup sekitar paras 1.3080; setelah minggu lalu bermula dengan kadar tukaran USD/CAD yang mencecah paras 11 tahun tertinggi, tetapi akhirnya mencatatkan corak menurun yang berpotensi mengikut kajian analisis teknikal.

Pemangkin dibelakang tekanan jualan ini adalah laporan pekerjaan sektor bukan perladangan AS (NFP) yang begitu mengecewakan. Minggu lepas berakhir dengan Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa ekonomi AS hanya menambah 142 ribu pekerjaan pada bulan September berbanding jangkaan 202 ribu.  Juga membantu menyokong Dolar Kanada minggu lepas, adalah GDP yang lebih baik daripada jangkaan. Laporan itu menunjukkan GDP Kanada meningkat 0.3% berbanding anggaran 0.2%. Ia bagaimanapun, lebih rendah daripada bacaan sebelumnya 0.4%.

[adrotate group=”6″]

Minggu ini, para pelabur akan mempunyai peluang untuk bertindak balas kepada data terkini mengenai perumahan dan pekerjaan Kanada. Permit Bangunan Kanada dijangka berkembang 0.5% berbanding -0.6% sebelumnya. Perumahan baru pula dijangka turun kepada 200 unit berbanding 216,900 unit pada sebelumnya. Laporan perubahan pekerjaan Kanada dijangka menunjukkan ekonomi menambah 10 ribu pekerjaan pada bulan September dan kadar pengangguran dijangka turun kepada 6.9% daripada 7.0%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat