USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Jan 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003Dollar CAD berada dalam suasana “ranging” dalam dagangan tipis tidak melebihi 50 mata, Khamis semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 1.1844 dan terendah sekitar 1.1797; apabila para pedagang mula menumpukan perhatian kepada data NFP dan “unemployment rate” Amerika Syarikat; serta “employment change”, “unemployment rate” dan “building permits” Kanada yang bakal dilaporkan malam nanti.

Harga minyak mentah yang mula menstabil, apabila “chart pattern double bottom” terbentuk di rangkamasa carta 4 jam, memberikan nafas baru kepada Loonie.  Petanda yang menunjukkan potensi dan kemungkinan komoditi itu bakal berubah arah dalam masa terdekat, walaupun trend mingguan dan harian masih lagi “bearish”.  Kejatuhan lebih 50% dari paras tertinggi sekitar $117 setong pada jun lalu, adalah yang terburuk dalam masa 5 tahun.

Hari ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan NFP yang dijangka mengurang sebanyak 81 ribu pekerja kepada 240 ribu dan kadar pengangguran dijangka mengurang 0.1% kepada 5.7%  Pada masa yang sama, Kanada pula bakal melaporkan penambahan pekerja sebanyak 15 ribu berbanding 10,700 yang hilang pekerjaan bulan lalu dan kadar pengangguran dijangka stabil pada 6.6%  “Building permits” Kanada pula dijangka bertambah baik dari 0.7% kepada 1.0%  Keadaan ini dilihat memihak kepada “Loonie” walaupun ianya lebih bersifat sementara.  Para pedagang dijangka membuat “buy-on-dip”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat