USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2016

31

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-10

Dollar Yen terus merudum untuk hari kelapan berturut-turut Rabu semalam, lebih 200 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥113.10, sebelum menutup sekitar paras ¥113.30; setelah pasaran Jepun bercuti Rabu semalam, sempena Hari Perbankan Jepun. Namun itu tidak menghalang pelabur daripada memberikan reaksi kepada kelemahan awal dalam pasaran ekuiti global dan persediaan untuk keterangan daripada Pengerusi Feds, Janet Yellen awal pagi tadi.

Yen Jepun terus mengukuh pada awal sesi, selepas beberapa indeks saham Asia Pasifik jatuh mendadak. Di Australia, Indeks S&P/ASX 200 hilang 1.50% untuk didagangkan sekitar 4,766.40 mata. Di Jepun, Indeks Nikkei 225 jatuh 4.0% dan di Singapura, Indeks Straits Times jatuh 2.08%. Yen mendapat manfaat kerana ia adalah matawang pembiayaan. Selepas berdagang lebih rendah sehari sebelumnya, Dollar AS kini mula kukuh terhadap Yen Jepun, selepas pasaran ekuiti AS kembali pulih.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Amerika Syarikat, Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen, dalam keterangannya kepada kongres AS semalam, mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam ekonomi global, tetapi menunjukkan bahawa kadar masih boleh meningkat tahun ini, walaupun secara perlahan-lahan. Beliau menambah bahawa ada sebab-sebab yang baik untuk mempercayai yang AS akan terus berada di landasan pertumbuhan yang sederhana, yang akan membolehkan Fed untuk meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara beransur-ansur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat