USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

51

Dollar Yen terus memacu naik lebih 105 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥109.35 sebelum menutup sekitar paras ¥109.25; setelah Menteri Kewangan Jepun Taro Aso memberitahu Diet negara, Parlimen Jepun, bahawa negara itu sudah bersedia untuk campur tangan dalam pasaran matawang. Peningkatan dalam nilai Yen mempunyai kesan buruk kepada ekonomi Jepun, yang banyak berorientasikan eksport, dan kebimbangan terhadap kesan daripada matawang yang tidak menentu pada perdagangan antarabangsanya.

Bercakap di Parlimen, Aso juga berkata Kementerian Kewangan Jepun dan Jabatan Perbendaharaan AS tidak sehaluan dalam kenaikan nilai Yen baru-baru ini. Walaupun AS tidak berfikir kenaikan tersebut memerlukan campur tangan kerajaan, Jepun melihat kenaikan nilai tersebut dengan lebih bimbang. Jika kerajaan memutuskan untuk campur tangan dalam pasaran tukaran matawang asing, ia akan mendapat sokongan luas dari perniagaan Jepun.

Tuan Saraiki Sakakibara, yang mengetuai Keidanren – pelobi perniagaan terbesar Jepun – berkata bahawa ia adalah “semula jadi” bagi pihak berkuasa Jepun untuk bertindak terhadap kenaikan Yen baru-baru ini, yang spekulatif dan terkeluar dari garis-garis asas ekonomi.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS mahupun Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat