USDJPY Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

38

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥114.00 ke serendah ¥113.50; setelah pasaran bersedia untuk mesyuarat Bank of Japan hari ini. Pada masa yang sama, pasaran sedang bergerak ke arah risiko pasaran ekuiti dan kenaikan harga komoditi membantu untuk menurunkan tekanan global.

Di pasaran Jepun, dengan BoJ yang telah menerima pakai kadar negatif, mungkin hanya ada sedikit pilihan, tetapi untuk menurunkan ia lebih rendah daripada 0.1% akan dilihat sebagai mengakui bahawa langkah Abenomics telah gagal. 80% daripada penganalisis melihat pengurangan selanjutnya sebagai langkah yang paling mungkin bagi mengembangkan rangsangan. Hampir 90% melihat lebih banyak pelonggaran pada akhir bulan Julai.

[adrotate group=”6″]

“Berbanding dengan Draghi, Kuroda menghadapi jangkaan yang agak rendah untuk bertindak pada mesyuarat minggu ini,” menurut Sean Callow, strategis pertukaran asing kanan di Westpac Banking Corp Sydney. “Tetapi beliau mungkin telah memberi perhatian kepada pembalikan pasaran ekoran komen Draghi kepada sejauh mana kadar negatif boleh pergi. Beliau perlu menekankan semula komitmen sedia ada untuk mengurangkan kadar lebih jauh ke dalam wilayah negatif jika dinilai sebagai perlu.” tambah beliau lagi.

Hari ini Bank of Japan akan bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan media tentang dasar ekonomi Jepun dan unjuran terbaru.  BoJ dijangka akan mengekalkan kadar, walaupun dilihat juga bakal mengumumkan ransangan tambahan.  AS pula bakal melaporkan jualan runcit yang dijangka semakin lemah, jatuh dari 0.2% kepada 0.1% di bawah sifar.  Harga pengeluar juga dijangka jatuh dari 0.1% kepada 0.2% di bawah sifar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat