USDJPY Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

31

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari paras terendah harian sekitar ¥108.53 ke paras tertinggi harian sekitar ¥109.50, sebelum menutup sekitar paras ¥108.65; setelah para pelabur mengurangkan belian Yen, ekoran beberapa amaran dari para pegawai Bank of Japan dan Kementerian Kewangan Jepun tentang kemungkinan campur tangan sekiranya nilai Yen terus meningkat tanpa sebarang asas ekonomi yang munasabah.  Namun para penganalisis melihat Jepun tidak akan mengambil tindakan sebelum mesyuarat G7 pada Jumaat ini.

Sebelum daripada ini, kadar tukaran USD/JPY telah turun ke paras terendah dalam masa 18 bulan, sekitar 105.55 pada minggu lepas, selepas Bank of Japan membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dan dasar monetari semasa, tanpa sebarang ransangan tambahan yang diharapkan pasaran.  Keputusan tersebut telah menyebabkan nilai Yen meningkat lebih 1.8% pada minggu lepas.  Sejak Disember, selepas kegawatan melanda pasaran kewangan, Yen telah meningkat nilai lebih 11% berbanding Dollar AS.

Dollar AS mungkin menghadapi tekanan jualan semula, sekiranya data ekonomi AS meleset dari jangkaan; sekaligus memberikan tekanan kepada pegawai Bank of Japan untuk bertindak.  Pembelian Dollar akan menjadi tidak masuk akal dengan asas ekonomi yang bertambah buruk.  “Pegawai Jepun boleh terus memberi amaran lisan dan mungkin juga campur tangan, tetapi asas-asas ekonomi terus menunjuk ke arah Yen yang lebih kukuh,” menurut Junichi Ishikawa, penganalisis forex IG Securities di Tokyo, Jepun.

“Lebihan akaun semasa Jepun terus meningkat dan jangkaan kenaikan kadar AS untuk tahun ini telah berkurang dari empat kepada satu. Tambahan pula, dasar matawang mungkin akan menjadi satu topik utama dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat tahun ini, sekaligus menjadikan ianya sukar untuk Jepun campur tangan,” tambah beliau lagi, sambil menyenaraikan faktor-faktor yang mendorong kekuatan Yen. Lebihan akaun semasa Jepun adalah yang terbesar sejak Mac 2007, disebabkan oleh kejatuhan kos import minyak dan lebihan pendapatan yang besar daripada pelaburan di luar negara, menurut laporan terbaru Kementerian Kewangan Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat