USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-002

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 123.25 ke serendah 122.65, sebelum menutup sekitar paras 122.85; setelah pasaran memberi reaksi kepada ucapan Gabenor BoJ Haruhiko Kudora yang lantang sejak kebelakangan ini.  Pada masa yang sama, Dollar mendapat sokongan melalui ucapan BoJ serta data China yang pada keseluruhannya telah seimbang semalam.

Gabenor Bank of Japan Kuroda telah berulang kali berkata bahawa, pelonggaran kuantitatif mempunyai kesan yang sepatutnya, manakala beliau mengulangi gaji juga mesti naik untuk merangsang pemulihan dalam ekonomi Jepun. Gaji asas naik lapan daripada sembilan bulan sehingga September.  Di pasaran global, menurut Caixin/Markit aktiviti pembuatan China menguncup untuk sembilan bulan berturut-turut pada bulan November, tetapi lebih perlahan daripada pada bulan Oktober. Indeks rasmi PMI pembuatan China, jatuh kepada 49.6 pada bulan November, menurut Biro Perangkaan China, semalam – paras terendah sejak Ogos 2012.

[adrotate group=”6″]

Lebih ramai penganalisis kini mengatakan bahawa Bank Pusat Jepun telah selesai dengan program rangsangan, walaupun mereka hampir sebulat suara meramalkan sasaran inflasi sebanyak 2% tidak akan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Pembuat dasar BoJ telah melanjutkan tempoh tersebut untuk kali kedua tahun ini pada 30 Oct lalu.  Kini tempoh Oktober 2016 telah dipanjangkan kepada Mac 2017.

Inflasi teras yang tidak termasuk makanan segar dan kesan kenaikan cukai penggunaan pada bulan April 2014, dan indeks teras-teras BOJ, yang tidak termasuk kedua-dua makanan segar dan tenaga, telah menyimpang sejak permulaan tahun ini. Pada bulan Disember tahun lepas, kedua-duanya adalah pada kadar 0.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat