USDJPY Analisa Fundamental Harian 2 Sep 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-011

Dollar Yen susut lebih 190 pips sepanjang 3 sesi dagangan Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 119.25 sebelum menutup sekitar paras 119.35; setelah dolar susut berbanding yen dan euro ekoran kebimbangan bahawa China & kelembapan ekonominya boleh berlarutan dan mengancam pertumbuhan global, sekaligus mengundurkan kenaikan yang telah didorong oleh harapan kenaikan kadar pada September.

Bercakap pada hujung minggu di luar acara simposium perbankan pusat di Jackson Hole, Naib Pengerusi Federal Reserve Stanley Fischer mengakui bahawa kegawatan yang berakar umbi di China itu telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai keadaan ekonomi, walaupun data AS kekal baik.

[adrotate group=”6″]

“Perubahan dalam hal keadaan yang bermula dengan penurunan nilai yuan China masih baru dan kami masih memantau bagaimana ia dibentangkan. Jadi saya tidak mahu pergi ke depan dan membuat keputusan sekarang tentang kenaikan kadar pada September,” menurutnya dalam satu temu bual bersama CNBC. “Kami masih ada lebih kurang dua minggu sebelum membuat keputusan dan masa untuk menunggu dan melihat data-data dan apa yang betul-betul sedang berlaku sekarang dalam ekonomi.” tambah beliau lagi.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat