USDJPY Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2016

34

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

Dollar Yen merudum lebih 170 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥115.95 sebelum mendapat sokongan belian untuk menutup sekitar paras ¥116.90; setelah Dollar berundur apabila harga minyak mentah turun ke paras terendah dalam 13 tahun, memukul pasaran untuk aset berisiko dan meletakkan matawang yang lebih selamat seperti Yen kembali dalam permintaan.

Dollar AS telah meningkat sejauh sekitar ¥118.10 ekoran lantunan harga minyak mentah, tetapi ia menyerahkan kenaikan tersebut apabila pemulihan komoditi tersebut terbukti sementara. Dollar juga susut berbanding franc Switzerland, satu lagi matawang ‘safe-haven’.  Sementara itu, di pasaran ekuiti Indeks Nikkei Jepun susut 2.2% dan pasaran saham Shanghai kembali merudum dan kehilangan lebih daripada 1%.

[adrotate group=”6″]

Dalam laporan CPI Amerika Syarikat semalam, inflasi dilaporkan kembali berada di bawah sifar sebanyak 0.1% dan inflasi teras susut daripada 0.2% kepada 0.1%. Sebelum daripada ini, inflasi telah stabil pada sifar.  Pada masa yang sama, jumlah perumahan yang baru dibina menyusut daripada 1.18 juta kepada 1.15 juta berbanding jangkaan 1.19 juta. Permit bangunan mencatatkan penurunan dari 1.28 juta kelulusan kepada 1.23 juta, walaupun ianya lebih baik dari jangkaan pasaran sebanyak 1.2 juta permit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat