USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Mei 2016

40

Dollar Yen melonjak lebih 70 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar ¥110.58 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras ¥110.15; setelah pasaran bersedia dengan mesyuarat G7 yang baru bermula.  Jepun menghadapi tekanan dalam mengelakkan campur tangan dalam pasaran matawang, dengan AS yang menekankan bahawa campur tangan tidak akan banyak membantu pertumbuhan ekonomi global.

Pasaran saham Tokyo melonjak sedikit, dengan indeks Nikkei 225 naik lebih 89.60 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 16,770.87 mata sebelum menutup sekitar paras 16,736.35 mata; setelah Yen yang lemah meningkatkan sentimen, tetapi masih bergantung kepada keputusan perbincangan menteri kewangan dan gabenor bank pusat G7 tentang naik turun dalam kadar tukaran USD/JPY yang menjadi topik hangat baru-baru ini antara menteri kewangan Jepun dan setiausaha perbendaharaan AS.

Menteri Kewangan Jepun berkali-kali memberi amaran baru-baru ini, bahawa Kerajaan Jepun berkemungkinan terpaksa campur tangan dalam pasaran matawang, ekoran nilai Yen yang terus meningkat tanpa asas ekonomi yang kukuh.  Namun pejabat perbendaharaan AS, melalui setiausaha Jacob Lew mengatakan bahawa pasaran matawang berada dalam keadaan teratur dan baik.

Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS mahupun Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat