USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Jun 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

USDJPY menokok sekitar 80 pip sejak awal pagi semalam dan kembali susut hampir 50 pip untuk didagangkan sekitar 123.70.

Kenaikkan USDJPY diyakini atas sokongan kepada US Dollar selepas data Existing home sales meningkat 5.1%. Ia adalah kadar terpantas dalam hampir 6 tahun selepas penurunan pada bulan April.

“Data ini menyokong situasi bahawa pasaran perumahan Amerika sudah pulih,” kata Shinichiro Kadota, penganalisa daripada Barclays Bank. Matawang US Dollar yang mengalami pembelian berbanding Yen juga menunjukkan yang ia menjadi sebuah pegangan matawang yang selamat selepas sentimen tentang masalah Greece dan Euro Zon. Walau bagaimanapun ia adalah sebuah pegangan bagi mengelakkan risiko apabila Euro Zon hampir mencapai kata persetujuan tentang krisis hutang Greece yang meruncing.

US Dollar yang meningkat kepada atas paras mata 123 pagi Selasa di Tokyo, disokong oleh pengukuhan jangkaan jualan rumah AS sebelum didagangkan agak bercampur-campur selepas data-data lain yang dikeluarkan pada malam selasa mengalami sedikit kemerosotan. Walau bagaimanapun kesan Data Jualan Rumah Baru meningkat ke 546,000 dan terus menyokong kekuatan US Dollar pada lewat malam semalam.

Dalam perihal masalah Greece, Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata yang mereka memantau masalah itu dengan lebih rapat kerana ia juga memberikan kesan terhadap ekonomi Jepun dan global khasnya.

Pergerakan USDJPY sekarang menunggu pengesahan tentang maklumat mesyuarat dasar kewangan bagi Jepun yang diadakan pada Rabu awal pagi (7.50am) waktu Malaysia.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat