USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

34

Dollar Yen jatuh lebih 110 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥109.10 sebelum menutup sekitar paras ¥109.22; setelah Yen mendapat permintaan apabila Jepun mengeluarkan laporan data imbangan perdagangan yang lebih baik dengan lebihan sebanyak ¥430 bilion, melebihi daripada ¥270 bilion jangkaan, manakala import menjunam 23.2% dan eksport susut sebanyak 10.1%.

Menurut Kementerian Kewangan Jepun semalam, eksport tahunan Jepun merosot 10.1% pada bulan April lalu, lebih buruk daripada penurunan pada bulan Mac sebanyak 6.8%. Anggaran median ahli ekonomi adalah untuk eksport tahunan jatuh sekitar 10%. Sementara itu, import tahunan menurun untuk bulan ke-16 berturut-turut, sekitar 23.3%. Penurunan ini adalah lebih buruk daripada anggaran median untuk penurunan hanya sekitar 19%. Hasilnya, lebihan perdagangan Jepun meningkat kepada ¥823.5 bilion pada bulan April, meningkat daripada ¥755 bilion pada bulan sebelumnya.

Jika eksport sesebuah negara melebihi import, seperti dalam kes Jepun baru-baru ini, terdapat teori bagi permintaan yang tinggi untuk barangan negara tersebut dan oleh itu mata wangnya.  “Lebihan dagangan bulan April sebahagian besarnya adalah kerana import yang lemah. Namun, data tersebut cukup untuk mencetuskan pembelian Yen,” menurut Masashi Murata, strategis mata wang kanan di Brown Brothers Harriman, Tokyo.

“Angka perdagangan tersebut keluar dengan latar belakang politik yang tidak memihak kepada Jepun untuk campur tangan dalam melemahkan Yen, sekaligus menjadikan ianya agak mudah untuk peserta pasaran membeli balik Yen.” tambah Masashi lagi. Mesyuarat menteri-menteri kewangan G7 berakhir pada Sabtu dengan Amerika Syarikat memberi amaran kepada Jepun terhadap campur tangan untuk melemahkan yen, sekaligus memaparkan perselisihan di antara kedua-dua negara terhadap campur tangan dalam pasaran mata wang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat