USDJPY Analisa Fundamental Harian 24 Sep 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-010

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam dengan pergerakan sekitar 90 pips dari paras tertinggi harian sekitar 120.55 ke serendah 119.60; setelah laporan pembuatan dari China mencetuskan kejatuhan mendadak dalam pasaran saham Asia. Laporan itu membawa ketakutan terhadap kelembapan ekonomi global yang mungkin sudah berakar umbi.

Menurut Markit Ekonomics, Indeks Caixin Pengurus Pembelian China adalah 47.0 bagi September, meleset dari anggaran median 47.5 dan di bawah bacaan akhir 47.3 pada bulan lepas. Bacaan di bawah 50 menunjukkan isyarat penguncupan ekonomi. Data PMI itu jelas menonjolkan masalah yang serius dalam sektor pembuatan. Laporan itu juga menunjukkan bahawa pasaran masih belum memberi reaksi kepada langkah-langkah rangsangan baru-baru ini dari Bank Rakyat China.

[adrotate group=”6″]

Selepas pengumuman laporan itu, indeks MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun jatuh 2%, dengan Australia turun 1.8% dan Korea Selatan jatuh 1%. Indeks S&P500 niaga hadapan E-mini pula telah turun 1 peratus%; selepas pengumuman data PMI China yang lemah itu.  Pasaran ekuiti China juga mengalami kerugian dengan indeks utama merudum antara 2-3% pada dagangan pembukaan.

Sebelum daripada itu, kejatuhan dalam pasaran saham AS telah mencetuskan terjunan mendadak dalam kadar tukaran USD/JPY kerana perdagangan ‘carry trade’.  ‘Carry trade’ adalah satu strategi di mana pelabur meminjam pada kadar yang lebih rendah untuk melabur dalam aset yang mungkin memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Apabila pelabur keluar dari pasaran saham AS dengan pulangan yang lebih tinggi, mereka perlu menukar hasil perdagangan mereka dari Dolar AS ke Yen Jepun, sekaligus melemahkan dolar dan mengukuhkan yen.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat