USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 Jun 2015

44

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-012

USDJPY menyusut dari paras tertinggi 124.30 semalam ke 123.8 mungkin atas aktiviti pengambilan untung. Sebelum daripada itu, USDJPY naik 70 pip apabila data ekonomi GDP US keluar lebih baik daripada sebelumnya walaupun ia sudah dapat di agak pada nilai -0.2%.

BoJ yang telah mengembangkan program rangsangan pada bulan Oktober, memetik kenyataan akibat penurunan harga minyak mentah, ia bakal menghalang keupayaan negara itu untuk mencapai sasaran inflasi pada kadar 2%. Pembuat dasar sekarang mula menyediakan sasaran yang lebih optimistik terhadap ekonomi yang telah berkembang 2.4% untuk suku pertama tahun 2015.

BoJ berkata yang pelaburan perumahan telah menunjukkan tanda-tanda meningkat di samping pelaburan awam telah memasuki satu trend menurun yang sederhana. Jangaan inflasi akan meningkat secara keseluruhan seperti yang mereka mahukan pada jangka masa panjang.

Tetapi USDJPY bakal di dagangkan pada julat yang tidak berapa besar sambil menunggu berita tentang rundingan Greece dan mesyuarat Eurogroup mencapai sebuah keputusan. Ini kita semua sedia maklum kerana ia bakal memberikan kesan kepada semua matawang utama global.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat