USDJPY Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2016

38

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-016

Dollar Yen susut lebih 65 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥118.15 sebelum menutup sekitar paras ¥118.25; setelah para trader bersedia menjelang mesyuarat Bank of Japan pada Jumaat ini dan Dollar AS dilihat memberikan kembali kenaikan dari minggu lepas. Sebelum daripada itu, di New York, Dollar mendapat bidaan berbanding Yen apabila lonjakan harga minyak mentah dan pasaran saham global kembali pulih dan mendorong para pelabur untuk mengambil risiko.

Dollar susut tetapi kekal di atas paras terendah baru-baru ini, apabila pasaran bermula minggu ini dengan suasana yang lebih tenang. Perdagangan Jepun masih melaporkan defisit pada tahun 2015 bagi tahun kelima berturut-turut, tetapi menyusut 77.9% kepada ¥2.83 trilion Yen ($23.9 bilion), disebabkan terutamanya oleh penurunan mendadak dalam import ekoran keadaan harga minyak mentah yang lebih rendah. Nilai eksport pula meningkat 3.5% kepada ¥75.63 trillion, sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan eksport kereta ke Amerika Syarikat, manakala import jatuh 8.7% kepada ¥78.46 trillion, menurut laporan Kementerian Kewangan Jepun.

[adrotate group=”6″]

Pada masa yang sama, import minyak mentah merosot 41.0% ekoran harga purata minyak menurun 47.4% berbanding tahun sebelumnya kepada $55 setong. Import gas asli cecair juga menurun 29.5 %.
Bank of Japan akan membuat keputusan mesyuarat dasar Jumaat ini, di mana para penganalisis mengatakan bahawa BoJ mungkin mengurangkan ramalan inflasi untuk tahun fiskal yang akan datang kepada di bawah 1%. Walaupun BoJ dijangka mengekalkan kadar minggu ini, laporan ekonomi Jepun yang lemah telah meningkatkan spekulasi pasaran bahawa BoJ akan menambah ransangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat