USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 April 2016

43

Dollar Yen yang susut lebih 60 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥110.66, kembali memacu naik lebih 75 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥111.47, sebelum menutup sekitar paras ¥111.30; setelah CNBC melaporkan bahawa Federal Reserve AS akan mengumumkan keputusan kadar pada awal pagi Khamis esok dan Bank of Japan pula akan mengumumkan maklumat dasar kemudian daripada itu, sekaligus menyebabkan pasaran lebih mengambil sikap berhati-hati.

Jepun diberitakan boleh menolak kadar lebih jauh ke dalam wilayah negatif, menurut penganalisis, sementara ada spekulasi ke atas pendirian Feds di atas kenaikan kadar pada tahun ini. “Bank-bank pusat masih menjadi nama permainan ini,” menurut ketua strategi untuk pasaran maju di Nordea. “Ada kemungkinan bahawa Fed akan membuat sedikit kejutan positif pada Rabu. Dollar tidak benar-benar kukuh dan S&P500 telah kembali berhampiran paras tertinggi, jadi mereka pasti boleh menguji pasaran.” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Ketua HSBC Bank daripada strategi asing pertukaran bagi Amerika Syarikat, berkata tindakan yang lebih dijangka datang dari mesyuarat dasar Bank of Japan, yang disertai dengan sidang akhbar. “Terdapat perubahan yang ketara dalam jangkaan bahawa mereka akan melakukan beberapa bentuk ransangan,” kata Encik Maher. “Salah satu sasaran adalah mungkin untuk menghentikan Yen daripada terus mengukuh.” Sementara itu, Dollar meningkat berbanding beberapa matawang komoditi kerana kejatuhan harga komoditi.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan stok komersil minyak mentah yang dijangka bertambah sebanyak 1.4 juta tong, berbanding pertambahan sebanyak 2.1 juta tong pada minggu lepas.  Jualan rumah dalam pembinaan dijangka turun dari 3.5% kepada 0.3%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat