USDJPY Analisa Fundamental Harian 27 Nov 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen susut lebih 20 pips Khamis semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 122.50 sebelum menutup sekitar paras 122.55; setelah para trader berpindah kepada ‘safe-haven’ Yen sempena cuti “Thanksgiving”.  Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan enam pesaing, mencecah paras tertinggi dalam lapan bulan, sekitar 100.150 semalaman, selepas data ekonomi AS memperkukuhkan pandangan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada bulan depan buat kali pertama dalam hampir satu dekad.

Di pasaran Amerika Syarikat sebelum itu, data pesanan barangan tahan dan tuntutan pengangguran yang lebih baik dari jangkaan, mengimbangi bacaan yang agak lemah daripada inflasi dan sentimen pengguna; sekaligus memberikan pelabur sebab untuk mempercayai bahawa Feds AS akan menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Jepun pula, kerajaan Jepun telah memutuskan untuk menyusun bajet tambahan lebih besar sedikit daripada ¥3 trilion bagi tahun fiskal 2015 hingga Mac depan. Bajet tambahan akan direka bentuk untuk membiayai langkah-langkah bagi membantu petani tempatan menghadapi perjanjian perdagangan bebas Trans-Pasifik.

Pagi ini Jepun telah melaporkan perbelanjaan isirumah yang merosot dari -0.4% pada Sepetember kepada -2.4% Oktober lalu, berbanding jangkaan 0%.  Inflasi teras bulan November dilaporkan pada 0% berbanding -0.2% Oktober lalu.  Penganalisis menjangkakan -0.1%. Keadaan ini menunjukkan pengguna Jepun yang mengambil sikap berhati-hati dalam berbelanja ekoran ekonomi global yang tidak menentu. Pada masa yang sama, saranan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk syarikat menaikkan gaji pekerja, nampaknya masih belum mendapat sambutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat