USDJPY Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

33

Dollar Yen terus memacu naik lebih 55 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.32 sebelum menutup sekitar paras ¥113.05; setelah sentimen kenaikan kadar AS pada April ini menguasai pasaran. Namun, pasaran berada dalam dagangan tipis ekoran kebanyakan negara bercuti sempena ‘Good Friday’.

Penanda aras Nikkei 225 Jepun naik 0.25%, mendapat sokongan daripada Yen yang lebih lemah. Sebelum pasaran dibuka, Jepun mengeluarkan data yang menunjukkan inflasi tidak berubah. Reuters melaporkan indeks harga pengguna (CPI) tahunan di seluruh Jepun untuk bulan Februari tidak berubah, berbanding unjuran pasaran untuk peningkatan sebanyak 0.1%.

[adrotate group=”6″]

CPI teras di Tokyo untuk bulan Mac, dianggap sebagai penunjuk utama harga di seluruh negara, turun 0.3%, berbanding dengan ramalan untuk penurunan hanya sebanyak 0.2%, menurut Reuters. Ini mungkin akan memberi tekanan kepada Bank of Japan, yang mengurangkan kadar pada awal tahun ini, ke dalam wilayah negatif bagi meningkatkan inflasi ke arah sasaran 2%.

Dollar AS telah memacu lebih tinggi ekoran idea bahawa Feds boleh memberi pertimbangan serius kepada kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC bulan April. Spekulasi ini hadir selepas segelintir pegawai-pegawai Feds berkata pada minggu lalu, bahawa kenaikan kadar mungkin datang tidak lama lagi. Walaupun Feds sebelum ini mengeluarkan kenyataan dasar yang agak ‘dovish’ selepas mesyuarat FOMC pada Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat