USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Mac 2016

41

Dollar Yen yang memacu naik lebih 55 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.80, kembali merudum lebih 115 pips untuk menutup menutup serendah paras ¥112.67; setelah Pengerusi Feds memberikan komen bahawa Feds akan berhati-hati dalam menaikkan kadar seterusnya.

Di pasaran Jepun, perbelanjaan pengguna Jepun pada bulan Februari meningkat buat pertama kali dalam tempoh enam bulan, tetapi pertumbuhan upah adalah perlahan dan kebimbangan mengenai ekonomi luar negara bermakna kerajaan Jepun masih di bawah tekanan untuk meningkatkan rangsangan bagi menjana aktiviti ekonomi.

[adrotate group=”6″]

Permintaan buruh Jepun kekal di kedudukan paling tinggi dalam tempoh dua dekad, tetapi kadar pengangguran meningkat sedikit pada bulan Februari, dalam tanda-tanda pembaikan pasaran buruh yang semakin perlahan. Pertumbuhan upah yang semakin perlahan dan kebimbangan mengenai risiko yang ditimbulkan oleh ekonomi negara membangun yang lemah, menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan Jepun akan melancarkan pusingan baru rangsangan tambahan dan melambatkan kenaikan cukai jualan yang dijadualkan pada tahun depan.

Kerajaan Jepun berkata bahawa inflasi pengguna Jepun kekal tersangkut sekitar sifar pada bulan Februari untuk bulan kedua berturut-turut, ekoran kejatuhan harga tenaga dan nilai Yen yang lebih tinggi, memandu menurunkan kos import lain tetapi masih memberi tekanan kepada harga pengguna. Juga memberati ekonomi adalah rancangan kerajaan untuk sekali lagi menaikkan cukai penggunaan daripada 8% kepada 10% tahun depan.

Kementerian Kewangan berkata Jepun perlu pendapatan tambahan untuk menangani hutang negara, terkesan dari penduduk yang semakin tua dan berkurang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat