USDJPY Analisa Fundamental Harian 30 Mei 2016

51

Dollar Yen melonjak lebih 95 pips pada sepanjang sesi dagangan New York Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥110.43, sebelum menutup sekitar paras ¥110.25, selepas berada dalam dagangan ‘sideway’ sepanjang sesi Asia dan Eropah; apabila pasaran diberitakan bahawa Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, telah memutuskan untuk menangguhkan kenaikan cukai yang dirancang pada bulan April tahun depan.

Dalam pada itu, para pemimpin negara-negara maju G7 bersetuju untuk meningkatkan banyak kelas pertengahan di seluruh dunia, berikrar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, memerangi rasuah dan mengetatkan kawalan ke atas pengelakan cukai oleh golongan kaya, kata seorang pegawai Jepun. Persetujuan itu dicapai pada sesi pertama sidang kemuncak G7 di kota Shima, Mie Prefecture, dengan Perdana Menteri Shinzo Abe sebagai pengerusi.

“Kami mengadakan perbincangan tentang ekonomi dunia dan bersetuju bahawa ekonomi dunia sedang menghadapi risiko utama,” menurut Abe kepada pemberita. Untuk menghadapi risiko itu, ahli-ahli G7 bersetuju untuk menyusun satu set langkah-langkah ekonomi yang dikenali sebagai Inisiatif Ekonomi Shima, tambah Abe lagi.

Para pemimpin G7 juga mengesahkan kepentingan dalam menggunakan semua alat-alat untuk kegunaan mereka, termasuk dasar kewangan, pembaharuan struktur dan rangsangan fiskal. Hari ini Jepun bakal melaporkan jualan runcit tahunan yang dijangka terus berkurang daripada -1% kepada -1.2%.  AS bercuti sempena ‘memorial day’ hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat