USDJPY Analisa Fundamental Harian 31 Dis 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 30 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥120.65 ke serendah ¥120.35, sebelum menutup sekitar ¥120.50 yang lebih tinggi dari pembukaan sekitar ¥120.45; dengan pasaran Jepun yang bercuti hari ini sempena Hari Bursa dan sekali lagi pada hari Jumaat esok untuk Tahun Baru.

Di pasaran Amerika Syarikat semalam, Persatuan Perumahan Kebangsaan AS melaporkan jualan rumah  yang sedang dibina pada bulan November, merudum 0.9% dibawah sifar, berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.6% dan 0.4% pada bulan Oktober.  Walau bagaimanapun, Dollar tetap kukuh walaupun data tersebut menunjukkan pasaran perumahan AS yang lemah yang mungkin terkesan dari aktiviti ekonomi yang semakin perlahan.

[adrotate group=”6″]

Mata wang AS mengalami kejatuhan bulanan terbesar sejak April berbanding Euro, dan sejak Ogos berbanding Yen, sejak Federal Reserve AS menaikkan kadar untuk kali pertama dalam hampir satu dekad. “Kenaikan kadar Fed akan terus menjadi tema pasaran yang besar, dan secara semula jadi data ekonomi AS akan menjadi sebahagian daripada itu,” menurut Encik Keisuke Hino, seorang peniaga pertukaran asing di Mizuho Bank New York.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka meningkat dari 267 ribu kepada 274 ribu pemohon. Tiada sebarang laporan dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat