USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 April 2016

34

Dollar Yen susut lebih 95 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥111.58 sebelum menutup sekitar paras ¥111.60; setelah data China yang lebih kukuh menyokong pasaran Asia. Indeks pengeluar besar Jepun datang pada skor 6 mata bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Ini adalah penurunan mendadak daripada bacaan 12 mata yang dicatatkan pada suku keempat. Ahli ekonomi menjangkakan sedikit penurunan, tetapi penurunan itu jauh lebih curam daripada yang diramalkan.

Tinjauan bagi pengeluar besar, indeks yang mengukur bagaimana eksekutif Jepun rasa tentang masa depan, datang pada 3 mata. Ini juga turun dari keputusan pada suku keempat. Antara syarikat-syarikat bukan perkilangan, yang meliputi sektor seperti peruncitan, pembinaan dan hartanah, terdapat juga penurunan pada suku pertama, walaupun penurunan itu tidak seperti yang dialami oleh firma-firma pembuatan.

[adrotate group=”6″]

Indeks bukan perkilangan susut kepada 22 mata daripada 25 mata pada suku keempat. Ramalan indeks untuk bukan pengeluar menurun kepada 17 mata daripada 18 mata. Kaji selidik Tankan dipantau rapi oleh Bank of Japan untuk menggubal dasar. Ini mungkin memberi tekanan kepada BoJ untuk mengambil tindakan lanjut pada mesyuarat dasar yang akan datang pada 28 April.

Kaji selidik yang mengecewakan dan pengukuhan Yen mendera pasaran saham Jepun dalam masa satu jam pertama dagangan. Indeks Topix turun 2.4% dan Nikkei 225 pula turun 2.2%, kejatuhan paling besar dalam sehari sejak 12 Februari lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat