USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2016

26

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen merudum lebih 296 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥117.05 sebelum menutup sekitar paras ¥117.90; setelah laporan ISM PMI Bukan Perkilangan AS dilaporkan meleset dari jangkaan, pada 53.5 mata berbanding 55.1 mata dan 55.3 mata pada sebelumnya. Pada masa yang sama, kelemahan dalam indeks saham global dan kejatuhan harga minyak mentah telah mengheret sentimen negatif ke dalam pasaran.

Dalam pada itu, walaupun Bank of Japan telah mengambil langkah mengejut untuk persekitaran kadar yang negatif, tekanan telah beralih kepada Federal Reserve AS, sama ada ia akan dapat menaikkan kadar sebanyak empat kali seperti yang dicadangkan pada mesyuarat FOMC 16 Disember lalu. Selain daripada kebimbangan mengenai Fed, tekanan jualan yang diperbaharui dalam pasaran saham juga menggalakkan pelabur untuk membeli bon perbendaharaan AS. Ini membantu untuk menurunkan kadar Amerika Syarikat dan nilai Dollar AS.

[adrotate group=”6″]

Walaupun banyak pelabur tidak memasuki pasaran menjelang laporan ‘Non-Farm Payroll’ AS pada Jumaat esok, pasaran dilihat boleh memberikan reaksi lanjut kepada laporan ADP dan ISM semalam. Hari ini AS bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran  yang dijangka meningkat dari 278 ribu kepada 279 ribu serta beberapa laporan produktiviti.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat