USDJPY Analisa Fundamental Harian 4 Mac 2016

33

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar ¥114.25 ke serendah ¥113.30, sebelum menutup sekitar paras ¥113.65; setelah laporan data pekerjaan ADP Amerika Syarikat yang memberansangkan sehari sebelumnya dibayangi oleh data tuntutan pengangguran dan tempahan perkilangan yang meleset dari jangkaan.

Di pasaran AS, tuntutan pengangguran dilaporkan meningkat daripada 272 ribu kepada 278 ribu, berbanding 271 ribu jangkaan.  Pada masa yang sama, tempahan perkilangan meleset pada 1.6% berbanding 2.1% jangkaan, walaupun lebih baik dari -2.9% pada sebelumnya.  Dalam pada itu, PMI perkhidmatan dilaporkan pada 53.4 mata berbanding 53.2 mata jangkaan, dan 53.5 mata pada sebelumnya.

[adrotate group=”6″]

Hari ini AS bakal melaporan data ‘Non-Farm Payroll’ (NFP) yang ditunggu-tunggu, yang dijangka meningkat daripada 151 ribu kepada 195 ribu dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 4.9%.  Namun pendapatan purata sejam dijangka turun dari 0.5% kepada 0.2%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat