USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Feb 2016

57

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004

Dollar Yen terus merudum untuk hari keempat Khamis semalam, lebih 165 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥116.50, sebelum menutup sekitar paras ¥116.75; setelah berlaku penurunan dalam nilai Dollar AS, manakala Yen terus mendapat permintaan untuk dagangan ‘safe-haven’, melepasi tindakan kadar negatif dari Bank of Japan. Pada masa yang sama, komen negatif dari pegawai rasmi Federal Reserve AS dan data sektor perkhidmatan AS yang suram, menyebabkan permintaan untuk Dollar perlahan.

Komen daripada William Dudley, Presiden Federal Reserve New York, membayangkan bahawa pergolakan pasaran baru-baru ini, boleh menghentikan rancangan untuk menaikkan kadar, telah menyebabkan Dollar kehilangan sokongan belian, kata para trader. Menambah kepada kebimbangan pasaran mengenai keadaan ekonomi AS, Institut Pengurusan Bekalan berkata indeks aktiviti bukan perkilangan jatuh kepada 53.5 mata pada bulan Januari daripada 55.8 mata pada bulan sebelumnya.

[adrotate group=”6″]

“Jangkaan kenaikan kadar AS yang selanjutnya telah reda, dan inilah faktor di sebalik kelemahan Dollar baru-baru ini,” menurut Toru Sasaki, ketua pasaran penyelidikan Jepun di JPMorgan Chase Bank. Hari ini AS bakal melaporkan ‘Non-Farm Payroll’ yang dijangka mengurang daripada 292 ribu kepada 189 ribu pekerjaan dan pengangguran dijangka stabil pada 5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat