USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 April 2016

29

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar ¥109.10 ke serendah ¥108.07, sebelum menutup sekitar paras ¥108.10; setelah Yen mencapai berhampiran titik paling kukuh dalam tahun ini, terkesan dari data yang menunjukkan peningkatan positif dalam imbangan akaun semasa negara matahari terbit itu.

Dalam pada itu, menyokong nilai Dollar AS adalah nada yang kurang berhati-hati dari Pengerusi Federal Reserve AS, Puan Janet Yellen yang mengingatkan pelabur bahawa kenaikan kadar AS mungkin masih dalam perancangan tahun ini, dan Menteri Kewangan Jepun Taro Aso juga memberitahu bahawa campur tangan secara langsung juga boleh dilakukan.

[adrotate group=”6″]

Matawang Jepun telah meningkat lebih tinggi pada tahun ini, sebahagiannya apabila para pelabur terus berhati-hati berikutan perubahan pasaran dan ekonomi global yang lembap. Tetapi daya tahan Yen telah mengejutkan ramai pelabur memandangkan bahawa Bank of Japan telah mengguna pakai kadar negatif pada awal tahun ini, satu langkah yang telah membuatkan matawang tersebut kurang menarik untuk pembeli.

Terdapat trader yang berkata bahawa pergerakan nilai Yen telah memaksa pelabur untuk menutup kedudukan negatif terhadap matawang tersebut. Nilai Yen yang lebih tinggi melemahkan daya saing eksport Jepun dan menghakis pendapatan korporat dalam ekonomi keempat terbesar dunia itu. “Ini ialah satu trade yang telah bertukar dalam jangka masa pendek ke dalam trade momentum yang mempunyai pergerakan kepadanya,” menurut Shaun Osborne, ketua strategi tukaran asing di Scotiabank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat