Usd/Jpy Berhadapan Penetapan Kadar Jepun Pagi Esok

64

Usd/Jpy melemah pada hari ini selepas membuat paras tertinggi di 118.64 pada minggu lalu dan ketika ini didagangkan di paras 117.15. Pasangan matawang ini dilihat wajar membuat correction (pembetulan harga) berikutan momentum yang cukup kuat dari US dolar sejak pilihanraya lepas.

Jika Usd/Jpy cenderung untuk bergerak ke bawah support pertama yang akan dilalui ialah 116.60. Jika harga terus bergerak di atas 116.60 menunjukkan kecenderungan Usd/Jpy untuk bergerak ke atas. Dengan kekuatan US dolar pada masa ini kita perlu terus mengekori secara rapat pergerakan pair ini berikutan penetapan kadar oleh bank pusat Jepun esok.

Ada kebarangkalian harga akan mencapai paras ini esok. Dalam jangka masa pendek, jika harga berjaya menembusi 116.60, ia akan cenderung bergerak ke arah 114.71 yang hampir dengan level fibo 23.6% (114.02) di time-freme weekly.

Dalam jangka masa panjang pasangan Usd/Jpy masih dilihat positif dengan fundamental (asas) ekonomi US yang begitu kukuh dan jangkaan lonjakan ekonomi US pada tahun 2017 memberikan gambaran penguatan US dolar dalam jangka masa panjang. Walaupun ada pendapat mengatakan tentang ketidaktentuan polisi oleh Trump, tetapi pasaran secara keseluruhan optimis dengan prospek ekonomi US tahun hadapan.

Untuk meneruskan kenaikan Usd/Jpy perlu memecahkan level tertinggi minggu lepas iaitu 118.62. Seterusnya dalam jangka masa sederhana pasangan matawang ini perlu melalui 121.69 paras tertinggi bulan Januari 2016. Di paras ini Usd/Jpy membuat correction (pembetulan harga) sebelum meneruskan penurunan.

Esok kita akan berhadapan dengan penetapan kadar oleh Bank pusat Jepun (BoJ). Seperti biasa tiada masa yang ditetapkan dalam penetapan kadar ini dan selalunya ia akan diumumkan pukul 10 pagi waktu Malaysia. Gabenor Kuroda pula akan membuat sidang media selepas tiga jam pengumuman kadar. Beri perhatian dengan apa yang akan dikatakan oleh Kuroda semasa sidang media.

Usd/Jpy TF weekly

Usd/Jpy TF daily
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat