Usia 18 Tahun Berhenti Dari Kolej, Kini Jadi Jutawan Forex Pada Usia 23 Tahun!

0 2,314

Luke Blackburn merupakan pemuda yang berusia 23 tahun Brough, East Riding of Yorkshire. Ketika berusia 18 tahun, beliau memutuskan untuk berhenti belajar di kolejnya.

Hakikatnya, beliau telah dinasihati oleh pensyarahnya bahawa beliau akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan berdasarkan keputusan akademiknya yang kurang memuaskan. Namun begitu, Blackburn tidak mengendahkan nasihat tersebut.

Seterusnya, Blackburn bekerja di salah sebuah syarikat teknologi sebagai seorang perintis. Di sinilah bermulanya perjalanan forex trading Luke Blackburn. Berbekalkan wang pinjamannya sebanyak £1,000, beliau mula trade forex.

Dengan keazaman dan semangat yang jitu, kini beliau memiliki sebuah empayar perniagaan sewa hartanah, pelaburan dan tuntutan yang meraih antara £15,000 hingga £50,000 setiap bulan. Selain itu, Blackburn turut menjalankan kelas-kelas pengajian forex trading yang dikenakan caj beratus-ratus pound.

Pendapatan yang dicatatkan oleh Blackburn ialah kira-kira £1,000,000. Tambahan daripada itu, beliau turut mempunyai 3 buah rumah, beberapa buah kereta mewah, jam tangan berjenama serta mengembara bersama jet peribadinya.

Blackburn menjelaskan bahawa tujuan beliau melibatkan diri dalam dunia forex trading bukanlah untuk bergelar seorang jutawan, tetapi untuk bebas daripada tekanan dan menjalani kehidupan yang selesa. Hal ini demikian kerana beliau tidak mahu menjadi seperti ibunya yang berhadapan dengan kesukaran ketika membesarkannya.

Ketika ini, beliau tidak lagi risau untuk membayar bil atau membeli apa-apa yang diingini kerana beliau sudah memperolehi sebuah kehidupan yang mewah dengan hanya menggunakan sebuah laptop dan akses internet!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.