Utusan Tawar Skim VSS Kepada 1,500 Pekerjanya – Sumber

1,362
Utusan Melayu Berhad menawarkan skim persaraan sukarela (VSS) kepada hampir 1,500 pekerjanya sebagai usaha penstrukturan semula syarikat itu bagi mengurangkan kos berikutan kekangan kewangan yang dihadapi.

 

Menurut sumber, perkara ini diketahui selepas taklimat tertutup yang dibuat oleh Pengerusi Eksekutif Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir di hadapan staf syarikat itu pada pagi ini di ibu pejabatnya.

 

 

Pekerja-pekerja akan dibiarkan pergi secara berperingkat di mana sejumlah 800 staf Utusan telah menerima surat dan bebas sama ada menerima atau menolak tawaran itu.

 

Namun, struktur pembayaran kepada pekerja yang menerima tawaran VSS itu masih belum diketahui.

 

“Tawaran itu bermula pada hari ini tetapi saya tak pasti berkenaan perkara lanjut tentang sampai bila Utusan akan menawarkan VSS dan berapa mereka akan bayar,” sumber.

 

Tawaran ini juga terpakai kepada tiga surat khabar yang lain iaitu, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad. Ia juga termasuklah empat majalahnya iaitu Mastika, Saji, Infiniti dan Wanita.

 

 

Utusan yang dikawal oleh UMNO berhadapan situasi sukar di mana jumlah liabiliti berada di sekitar RM328.17 juta pada tahun 2017, berbanding hanya RM302.2 juta pada tahun sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat