Vaksin AstraZeneca Pula Nak ‘Sailang’ Pfizer Dan Moderna?

782

Vaksin coronavirus yang dibangunkan oleh University of Oxford dan AstraZeneca didakwa selamat dan mencetuskan tindak balas imun yang serupa dalam kalangan semua orang dewasa berdasarkan penemuan awal percubaan fasa dua yang dijalankan.

Selain itu, kajian tersebut dijalankan terhadap 560 orang dewasa yang sihat, termasuk 240 individu yang berusia lebih dari 70 tahun, mendapati bahawa vaksin itu selamat dan menghasilkan tindak balas imun yang serupa dalam kalangan individu berusia lebih dari 56 tahun dan mereka yang berumur antara 18 hingga 55 tahun.

Sebelum ini, syarikat farmasi terkemuka Britain AstraZeneca, yang bekerjasama dengan University of Oxford, mendedahkan bahawa data sementara menunjukkan vaksin eksperimen mereka telah menghasilkan tindak balas imun pada orang dewasa yang lebih tua dan lebih muda.

Namun begitu, calon vaksin Oxford tersebut didapati menyebabkan sedikit kesan sampingan dan mencetuskan tindak balas imun di kedua-dua bahagian sistem imun pada semua peringkat umur dengan dos yang rendah dan standard.

Hasil awal menunjukkan bahawa vaksin yang dikenali sebagai ChAdOx1 nCoV-19 dikhabarkan mendorong tindak balas sel-T dalam tempoh 14 hari selepas suntikan dos pertama, dan tindak balas antibodi dalam masa 28 hari dari dos penggalak. Para saintis mengharapkan bahawa tindak balas sel-T berperanan untuk melawan virus dalam jangka panjang.

Menurut Dr. Maheshi Ramasamy, pengarang bersama kajian di University of Oxford, mengatakan bahawa antibodi dan tindak balas sel T dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua adalah memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat