Vaksin China Untuk Kecemasan Sahaja-UAE

393

Emiriah Arab Bersatu telah meluluskan vaksin coronavirus China untuk penggunaan kecemasan yang dikhususkan bagi pekerja kesihatan barisan hadapan mereka. Menurut National Emergency Crisis and Disaster Management Authority (NCEMA) UAE, vaksin berkenaan dikhaskan kepada para pekerja barisan hadapan yang berisiko untuk dijangkiti.

Menurut NCEMA, 31,000 sukarelawan telah mengikuti ujian klinikal vaksin, termasuk 1,000 sukarelawan dengan penyakit kronik. Tahap ketiga percubaan vaksin tersebut sedang berlangsung, tetapi agensi itu mengatakan bahawa tidak ada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

Percubaan fasa ketiga, yang dimulai di negara Teluk pada bulan Julai, melibatkan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal milik negara China, Sinopham. Selain itu, NCEMA mengatakan bahawa penggunaan kecemasan untuk pekerja kesihatan barisan hadapan telah diluluskan setelah berjaya memenuhi piawai dan ujian klinikal kepada 31,000 sukarelawan selesai. Namun, agensi berkenaan mendedahkan bahawa terdapat kesan sampingan ringan pada sukarelawan seperti sakit tekak, tetapi menekankan bahawa tiada kesan sampingan yang serius.

Untuk pengetahuan semua, vaksin Sinopham mendapat persetujuan daripada kerajaan China pada bulan Jun, dan percubaan fasa satu dan dua di UAE menyaksikan semua pesakit menghasilkan antibodi terhadap virus tersebut setelah dua dos selama empat minggu. Oleh yang demikian, UAE telah menjalinkan kerjasama dengan China berkaitan diagnostik, terapi.

Di samping itu. UAE juga telah meningkatkan kerjasama dengan China dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam beberapa bidang termasuk teknologi, perolehan pertahanan, perdagangan, pelancongan dan kesihatan.

Sementara itu, negara berkenaan turut diumumkan sebagai rakan kongsi dalam pengujian dan pendaftaran vaksin coronavirus Rusia, yang pertama kali dipersetujui oleh pemerintah nasional pada awal September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat