Vaksin Ini Mampu Mencegah Varian Baru Covid-19!

395

Pada akhir tahun lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi  amaran bahawa bahawa masyarakat dunia tidak boleh terlalu selesa dan menegaskan vaksin Covid-19 tidak akan membantu sepenuhnya dunia untuk menangani jangkitan COVID-19.

Sejak awal tahun 2021, dunia berhadapan dengan penularan wabak Covid-19 yang lebih mencabar, ditambah pula dengan penularan wabak yang semakin cepat dari varian baru. Varian baru ini mula dikenalpasti sejak akhir tahun 20201 dengan UK dan beberapa negara Eropah merupakan antara negara yang berhadapan dengan cabaran ini.

Dengan jumlah kematian global sekarang telah melebihi angka dua juta, dan kebimbangan terhadap penemuan varian baharu, negara-negara di seluruh dunia bergelut untuk memperlambatkan penularan jangkitan sehingga vaksin tersedia secara meluas. Sementara strain Afrika Selatan, yang lebih cepat menular dan mirip virus seperti dikesan di UK, dilaporkan telah merebak di 23 negara dan wilayah.

Perkara ini telah menimbulkan kembimbangan ramai pihak. Walaupun begitu, keresahan itu mula berkurangan selepas pengeluar vaksin Moderna mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa vaksin mereka berkesan untuk mencegah varian baru yang ditemui di Afrika Selatan.

Menurut penyelidik Moderna, vaksin mereka bekesan untuk melawan dua varian baru yang terdapat di UK dan Afrika Selatan namun ia kurang berkesan terhadap vairian ketiga.

Laporan ini telah meningkat harapan banyak pihak selepas banyak kembimbangan timbul sekitar varian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat