Vaksin Menarik Harga Minyak Naik Semula

403

Perkembangan memberangsangkan mengenai pembangunan vaksin Covid-19 turut menyokong dagangan komoditi hitam untuk mencatatkan peningkatan pada Selasa.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat menokok 20 sen kepada $41.13 setong, sementara minyak mentah Brent pula meningkat 27 sen kepada $43.55 setong.

Dalam perkembangan terbaru pembangunan vaksin Covid-19, CanSinoBIO, sebuah syarikat dari China mengumumkan bahawa seorang sukarelawan telah menunjukkan tindak balas positif dan selamat semasa percubaan fasa 2 ke atas manusia.

Berita ini menyusuli laporan vaksin yang dikembangkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca, syarikat farmaseutikal multinasional Britain-Sweden yang juga menunjukkan hasil memberangsangkan dalam ujian peringkat awal.

Susulan daripada kedua-dua berita yang meyakinkan ini, sentimen pasaran berubah positif dan turut menyokong pasaran kewangan.
Selain itu, langkah-langkah rangsangan dari Amerika Syarikat dan Eropah juga menguatkan sentimen pelabur didorong oleh harapan bahawa ia akan membantu usaha pemulihan ekonomi dan meningkatkan permintaan terhadap minyak mentah.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS menjangkakan permintaan untuk petroleum dan bahan api di negara itu dijangka kekal di bawah tahap pra-Covid19 sehingga Ogos 2021 walaupun terdapat peningkatan dalam penggunaan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, permintaan dijangka akan terus meningkat dalam suku kedua tahun ini ketika lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka semula.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat