Vaksin Mesti Diberikan Kepada Rakyat AS Terlebih Dahulu!-Trump

0 991

Amerika Syarikat kini mencatatkan sebanyak lebih 1.6 juta kes jangkitan coronavirus dengan angka kematian sebanyak 96,295 korban. Oleh yang demikian, Presiden Donald Trump menggesa agar vaksin penyakit tersebut diberikan terlebih dahulu kepada rakyat Amerika Syarikat. Namun begitu, pemimpin negara lain seperti China, Perancis dan Jerman serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan kesepakatan mereka untuk menggunakan apa sahaja vaksin yang berjaya ditemui bagi merawat penyakit berjangkit itu malah ianya diisytiharkan sebagai kepentingan awam global.

Kepentingan awam global yang dikemukakan itu melibatkan 2 isu iaitu hak harta intelek dan pengedaran dos pertama.

Menurut Presiden Amerika Selatan, Cyril Ramaphosa mendedahkan bahawa negaranya memerlukan vaksin yang dikecualikan daripada sebarang paten. Akan tetapi, ianya bertentangan dengan pembangunan vaksin yang memakan belanja berbilion dolar oleh syarikat yang bertanggungjawab.

Tambahan daripada itu, syarikat tersebut didakwa bergantung kepada Amerika Syarikat dan ianya membabitkan isu harta intelek antarabangsa. Oleh itu, pemberian vaksin secara percuma tidak mungkin berlaku.  Bahkan jumlah vaksin yang dihasilkan itu tidak dapat menampung permintaan daripada seluruh dunia.

Berikutan dengan pilihan raya pada November ini, Presiden AS, Donald Trump dilihat cuba untuk mengembalikan ekonomi negaranya bagi menarik perhatian rakyat serta mengabaikan isu solidariti antarabangsa. Bahkan, beliau hanya mahu mendapatkan sebanyak 300 juta vaksin yang didakwa siap seawal Januari tahun depan serta mencukupi untuk kegunaan rakyatnya.

Anda mungkin juga berminat