Varian Baharu Covid-19 Jejas Usaha Pembukaan Ekonomi

124

Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini, didorong oleh momentum belian ketika pasaran memasuki minggu terakhir bagi 2020.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.34 mata kepada 1,643.51 selepas dibuka menokok 1.06 mata kepada 1,642.23 berbanding 1,641.17 pada Khamis lepas.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 314 berbanding 161 manakala 302 lain tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Lapor Bernama, jumlah dagangan sebanyak 550.91 juta unit bernilai RM143.49 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya berkata walaupun pasaran berkemungkinan masih menumpukan aktiviti memperelokkan akaun, namun aliran peningkatan diunjur dikekang oleh kebimbangan terhadap penularan varian baharu Covid-19 yang menjejaskan usaha seperti pembukaan semula ekonomi.

Dalam pada itu, peserta pasaran juga meninjau peluang dagangan membabitkan sektor pembinaan dan bahan binaan berikutan projek-projek prasarana sedia ada dan baharu yang akan berterusan sehingga 2021 selain faktor peningkatan harga komoditi.

“Selain itu, harga minyak sawit mentah telah mencecah paras tertinggi beberapa tahun yang menandakan bahawa pendapatan korporat akan lebih kukuh,” kata Malacca Securities.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Genting Bhd naik tujuh sen kepada RM4.53, CIMB menokok empat sen kepada RM4.23, Maybank dan TNB masing-masing meningkat lapan sen kepada RM8.52 dan RM10.78, Public Bank menambah 14 sen kepada RM20.70 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.50.

Pengeluar sarung tangan seperti Top Glove dan Hartalega pula masing-masing berkurangan lapan sen kepada RM6.41 dan RM12.50.

Bagi saham aktif, AT Systematization naik tiga sen kepada 21.5 sen, Iris Corp meraih satu sen kepada 41.5 sen, KTG dan Pegasus masing-masing tidak berubah pada 30 sen dan tiga sen manakala Fintec Global susut setengah sen kepada 8.5 sen dan Marine & General turun 2.5 sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.46 mata kepada 11,837.38, Indeks FBMT 100 meraih 23.96 mata kepada 11,593.89, Indeks Syariah FBM Emas menokok 7.75 mata kepada 13,290.93, FBM 70 melonjak 60.55 mata kepada 15,173.09 manakala FBM ACE naik 40.71 mata kepada 10,698.01.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian pula meningkat 0.20 mata kepada 176.09, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 62.23 mata kepada 15,322.60 manakala Indeks Perladangan meraih 19.72 mata kepada 7,437.0.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat