Varian Baru Covid-19 Dikhuatiri Akan Mendominasi, Pemain Pasaran Terkesan!

487

Sejak penularan pandemik Covid-19, Amerika Syarikat secara terus menerus mengawasi UK. Hal ini kerana berdasarkan dapatan kajian keadaan penularan Covid-19 di UK sering menjadi penentu keadaan penluaran Covid-19 di negara-negara lain termasuk A.S

Sebelum ini, varian alpha pertama kali muncul di tenggara England pada tahun lepas dan terus menjadi dominan di seluruh dunia. Perkara serupa kemudian berlaku dengan varian delta yang berasal dari India, namun ia juga dikenal pasti di UK pada tahap yang agak awal.

Kedua-dua strain telah terbukti jauh lebih mudah menular berbanding varian awal yang pertama muncul di China pada akhir tahun 2019. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa varian delta yang telah menyebar ke lebih dari 80 negara akan menjadi penyakit yang dominan.

Menurut pentadbiran A.S, varian Delta adalah ‘ancaman terbesar’ unutk A.S. Perhatian kini adalah pada seberapa cepat varian delta merebak ke seluruh UK. Berdasarkan kajian, walaupun pengedaran vaksinasi di UK semakin meluas, akan tetapi dalam jangka waktu yang singkat varian alpha dapat membawa ancaman kepada negara.

Menurut ketua penasihat perubatan Rumah Putih Dr. Anthony Fauci. setakat ini kes delta merangkumi 20% kes baru. Fauci memberi amaran minggu lalu bahawa varian delta akan menjadi strain Covid yang dominan di negara A.S dalam beberapa minggu, bergantung kepada keadaan UK.

Sehingga kini, hampir 60% daripada semua orang dewasa di UK telah menerima dua dos vaksin, sementara di A.S., 56% daripada populasi yang berumur 18 keatas telah divaksinasi sepenuhnya. Kegiatan vaksinasi akan terus dipergiatkan.

Cabaran mengekang penularan delta baru dapat memberi impak terhadap ekonomi dan pasaran. Justeru sebarang perkembangan varian Delta akan menjadi tumpuan pemain pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat