Varian Omicron Beri Kesan Pada Pasaran Pekerjaan? Ini Indikasi Terkini Perlu Diketahui!

469

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran dilaporkan menurun minggu lalu berdasarkan data dari Jabatan Buruh pada hari Khamis. Dengan ini dapat dikatakan bahawa data terbaru ini yang masih belum menunjukkan kesan ke atas pasaran pekerjaan akibat lonjakan jangkitan Covid-19 terutama varian Omicron.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran Amerika turun kepada 198,000 bagi minggu berakhir 25 Disember daripada bacaan 206,000 yang disemak semula bagi seminggu sebelumnya. Pada awal bulan ini, tuntutan pengangguran menurun ke tahap yang dicatat pada tahun 1969.

Bacaan ini juga jauh lebih baik daripada apa yang disasarkan oleh pakar ekonomi dimana mereka mensasarkan bacaan sebanyak 208,000. Secara keseluruhan jumlah tuntutan telah menurun daripada rekod tertinggi yang dicatat pada April 2020 iaitu 6.149 juta.

Permohonan biasanya meningkat semasa musim sejuk, namun berikutan kekurangan pekerja telah mengganggu corak perkembangan pekerjaan, menyebabkan bilangan tuntutan pelarasan bermusim yang lebih rendah dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Selain itu sisi positifnya, kadar pengangguran berada pada paras terendah 21 bulan iaitu pada kadar 4.2%.

Disisi lain ekonomi berkembang pada kadar tahunan 2.3% pada suku ketiga, dengan perbelanjaan pengguna meningkat pada kadar 2.0%. Ramalan pertumbuhan untuk suku keempat adalah setinggi pada kadar 7.2%. Bagi keseluruhan tahun 2021, ekonomi dijangka berkembang 5.6%, yang akan menjadi yang terpantas sejak 1984.

Penularan varian Omicron Covid-19 yang semakin marak baru-baru ini telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pemain pasaran. Persoalan adakah varian ini dapat memberi kesan pada ekonomi terus bermain. Walaubagaimanapun, data-data terkini lebih membawa keyakinan kepada para pelabur dan pedagang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat