Varian Omicron Punca Indeks Bursa Health Care Naik

190

Ingat! Basuh tangan, pakai penutup muka dan jarak diri 1 meter dari orang lain.

Indeks Health Care Bursa Malaysia merupakan antara indeks yang kekal tinggi pada pagi Isnin apabila saham pembuatan sarung tangan getah mencanak selepas varian baharu Covid-19, Omicron dikesan di lebih banyak negara.

Indeks Health Care melonjak sebanyak 124.41 atau 5.21% pada 2,512.26.

Setakat 10.17 pagi, ia telah menyusutkan sedikit keuntungan pada 2,509.55 masih tinggi 121.1 atau 5.07.

Sebagai perbandingan, FBM KLCI susut 5.29 mata atau 0.35% pada 1,506.93.

Antara yang paling untung adalah Hartalega Holdings Bhd menaik 52 sen atau 9.2% pada RM6.17, Top Glove Corp Bhd bertambah 41 sen atau 15.52 pada RM3.05, Supermax Corp Bhd melonjak 27 sen atau 14.59% pada RM2.12 , Kossan Rubber Industries Bhd bertumbuh 20 sen atau 9.13% pada RM2.39, Careplus Group Bhd naik 20 sen atau 16.39% pada RM1.42, Comfort Gloves Bhd bertambah 18 sen atau 14.75% pada RM1.40 dan Rubberex Corp (M) Bhd mendaki 14.5 sen atau 25.22% pada 72 sen.

Menurut ketua penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee, berkata kenaikan saham sarung tangan getah adalah disebabkan oleh kemunculan varian baharu yang membimbangkan namun menurutnya lagi ia hanya sementara.

Reuters melaporkan pada Ahad tentang kes baru varian coronavirus Omicron yang dikenal pasti di Netherlands, Denmark dan Australia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan ia masih belum jelas sama ada Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan lebih mudah berjangkit daripada varian lain atau jika ia menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat