Varian Omicron Semakin Ganas – Dapatan Kajian Terbaru Ini Buatkan Pasaran Bimbang!

1,156

Kajian terbaru sebahagian saintis mendapati bahawa dua dos vaksin Oxford-AstraZeneca atau Pfizer-BioNTech Covid-19 adalah kurang berkesan untuk menangkis varian Omicron berbanding varian Covid-19 sebelumnya.

Walau bagaimanapun, para penyelidik optimis bahawa dos penggalak dapat meningkatkan imuniti terhadap varian baharu yang mudah ditularkan. Dalam satu kajian baru yang diumumkan pada hari Isnin, penyelidik dari Universiti Oxford menguji sampel darah bagi mereka yang telah melebihi 28 hari selepas mendapat dos kedua, saintis melaporkan “kejatuhan yang ketara” dalam antibodi peneutral yang melawan Covid-19 berbanding tindak balas imun yang dilihat terhadap varian terdahulu.

WHO. mengatakan varian Covid omicron boleh mengubah prospek penularan pandemik tersebut. Kertas penyelidikan itu turut menyatakan bahawa sesetengah penerima vaksin “gagal meneutralkan virus sama sekali.”

Justeru, Gavin Screaton, ketua Bahagian Sains Perubatan Universiti Oxford menggalakkan orang ramai yang ditawarkan dos penggalak untuk mengambilnya. Disisi lain, Dr. Ofer Levy menyatakan bahawa belum ada kepastian sama ada diperlukan vaksin khusus omicron atau tidak.

Laporan yang diterbitkan oleh Agensi Keselamatan Kesihatan U.K. pada hari Jumaat menganggarkan bahawa dua dos vaksin Covid adalah kurang berkesan dalam mencegah penyakit bergejala melalui jangkitan daripada varian omicron berbanding delta. Bagaimanapun, laporan itu menyatakan bahawa selepas dos penggalak, vaksin dianggap memiliki 70 hingga 75% keberkesanan untuk mencegah jangkitan gejala.

Atas dasar itu, Perdana Menteri UK Boris Johnson memberi amaran kepada rakyat Britian bahawa negara itu akan mempercepatkan program penggalaknya dengan menawarkan dos ketiga menjelang akhir tahun.

Pemain pasaran kini terus memantau perkembangan varian Omicron dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat