Varian UK Sudah Merebak Ke 60 Negara! – WHO

1,440

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa varian baharu coronavirus UK telah dikesan di sekurang-kurangnya 60 buah negara.

Dengan jumlah kematian global sekarang telah melebihi angka dua juta, dan kebimbangan terhadap penemuan varian baharu, negara-negara di seluruh dunia bergelut untuk memperlambatkan penularan jangkitan sehingga vaksin tersedia secara meluas.

Sementara strain Afrika Selatan, yang lebih cepat menular dan mirip virus seperti dikesan di UK, dilaporkan telah merebak di 23 negara dan wilayah.

Selain itu, WHO juga memaklumkan bahawa jumlah kematian baru meningkat ke paras tertinggi iaitu 93,000 dalam masa tujuh hari, dengan 4.7 juta kes baru disahkan dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, terdapat laporan berasingan yang mengatakan bahawa varian baharu virus telah dikesan di Jerman, di mana 35 daripada 73 pesakit yang baru dijangkiti di hospital.

Para pegawai kesihatan tempatan mendakwa penemuan tersebut adalah berbeza daripada varian UK dan Afrika Selatan.

Timbalan pengarah perubatan hospital itu kemudiannya memberitahu bahawa mereka belum dapat mengesahkan sama ada ia lebih mudah menular atau menyebabkan kematian, dan ia juga boleh jadi tidak berbahaya.

Tiga sampel varian virus tersebut dilaporkan telah dihantar ke hospital universiti Charité di Berlin untuk pemeriksaan dan hasilnya akan dikeluarkan dalam beberapa hari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat