VeChain (VET) Umum Kehadiran DEX ZumoSwap, Jalin Kerjasama Dengan Mongolia

424

Bursa desentralisasi (DEX), ZumoSwap telah berlabuh di rangkaian VeChain (VET) sebagai alternatif kepada pembuat pasaran autonomi (AMM), Vexchange.

Difahamkan Vexchange mengenakan kos dagangan yang tinggi kepada penggunanya.

Misalnya Uniswap mengenakan caj sebanyak 0.3% untuk slippage. Tetapi di Vexchange, caj sebanyak 1% dikenakan dan lebih tinggi jika dibandingkan dengan Ethereum.

Penubuhan ZumoSwap diinspirasikan oleh Uniswap, cuma tidak melibatkan kehadiran semua kod Uniswap dan Web3.

DEX ini juga berupaya untuk berintegrasi dengan mana-mana wallets yang disokong VeChain dan memudahkan pengguna membuat transaksi tanpa perlu melakukan dua transaksi untuk penukaran token.

ZumoSwap juga telah bergabung dengan fungsi “Auto VTHO Farming” yang membolehkan pengguna untuk mengekalkan hasil VTHO mereka dan pada masa yang sama turut menawarkan liquidity kepada DEX dengan membekalkan VET untuk pools.

Sementara itu pada awal pagi tadi, VeChain telah mengummkan bahawa Government of Inner Mongolia, China telah memilih VeChainThor untuk kendalikan platform penjejakan produk agrokultur berlandaskan polisi kerajaan.

Dua khabar baik ini berjaya melonjakkan harga token natif VeChain, VET yang sedang didagangkan pada $0.094, meningkat lebih 7% dalam 24 jam.

Manakala VTHO mencatatkan lonjakan lebih 9%, didagangkan pada $0.00652 ketika penulisan artikel.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat