Venezuela Lancarkan Matawang Digital Pada Oktober, Turut Buat Perubahan Nilai Monetari!

253

Bank pusat Venezuela akhirnya mengumumkan pelancaran matawang digital bank pusat atau CBDC akan berlangsung pada Oktober ini.

Mereka juga memberitahu akan berlaku perubahan nilai monetari dimana enam sifar dikurangkan dari matawang wang susulan daripada inflasi yang menguat.

Bermula pada 1 Oktober ini, bolivar digital akan diterapkan dalam ekonomi Venezuela. Wang tunainya pula akan tersedia dalam 1 syiling bolivar baharu, termasuk 5 Bs. Hingga 100 Bs. hasil daripada penyusunan semula matawang.

Namun, ia tidak bermakna akan turut memberi pengaruh terhadap nilai bolivar. Bank pusat menjelaskan, “Bolivar tidak akan terlebih atau terkurang nilainya. Ia cuma dibawa ke skala monetari yang lebih sederhana.

CBDC yang dilancarkan akan turut bersama dengan kehadiran sistem permesejan untuk melancarkan pembayaran dan pemindahan antara penggunanya.

Penubuhan bolivar digital berbangkit pada Februari lalu oleh Presiden Nicolas Maduro. Pengenalan matawang digital adalah bertujuan untuk membangun semula ekonomi Venezuela.

Maduro sendiri sudah kenal dengan matawang digital kerana sebelum ini beliau telah melancarkan koin Petro yang bersandarkan kepada minyak pada 2018.

Malah, sebelum ini juga Maduro telah mengurangkan lima sifar dalam matawang pada 2018 ketika inflasi berada di kemuncaknya dengan rekod 1.8 juta peratus.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat