Venezuela Membuka Peluang Kepada Rakyatnya Untuk Menceburi Sektor Matawang Crypto

550

Venezuela Membuka Peluang Melombong Matawang Crypto ‘Petro’ Secara Rasmi

Pada minggu lepas, Presiden Venezuela telah mengumumkan peningkatan kouta bagi pelombong/miner matawang crypto Petro.

Petro merupakan matawang crypto Venezuela yang disandarkan kepada minyak, gas dan sumber galian lain termasuk emas. Matawang crypto itu diterbitkan bagi menghadapi sekatan yang dikenakan oleh U.S.

Jabatan kerajaan matwang crypto telah membuka kouta pendaftaran yang membolehkan 850 ribu anak muda untuk mengambil bahagaian dalam aktiviti melombong matawang digital negara itu, Petro.

Negara itu telah menghadapi pelbagai bencana ekonomi menyebabkan rakyat dan pemerintah mencari jalan keluar untuk terus bertahan dan memajukan negara.

Antara yang dihadapi ialah hyperinflasi, menyebabkan matawang negara menjadi tidak bernilai. Penduduk tidak dapat akses makanan dan sumber bahan lain dengan mengunankan medium transaksi yang sedia ada.

Justeru sektor matawang crypto yang baru dibuka itu diharapkan dapat membuka peluang kepada penduduknya untuk meningkatkan taraf  kehidupan mereka melalui melombong Bitcoin dan matwang crypto yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat